0

Loading ...

MAINJ peroleh RM400 juta zakat pada 2024

KLUANG - Berkat usaha berterusan dan sokongan pembayar zakat serta infak di negeri ini, Majis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya memperoleh kutipan zakat sebanyak RM400 juta pada tahun lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, jumlah itu meningkat berbanding RM382 juta pada tahun sebelumnya.


“Alhamdulillah hasil usaha kita tersebut, kutipan zakat 2024 mencapai kutipan tertinggi RM400 juta dan kita akan memuktamadkannya dan esok akan keluarkan kenyataan khas jumlah sebenar kutipan zakat di Johor


“Tetapi kita sudah melepasi angka RM400 juta, maksudnya rakyat Johor menerima nasihat kita, membayar zakat hanya di Johor Darul Ta’zim 


“Kita ucap terima kasih dan kita yakin jumlahnya akan terus meningkat,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Jalan Haji Manan di sini hari ini.


Hadir sama, Pegawai Daerah Kluang, Azurawati Wahid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah.


Dalam pada itu, pihaknya berkata, kerajaan negeri Johor mengesan cubaan segelintir pihak yang menasihati orang ramai supaya membayar zakat kepada negeri lain.


Beliau berkata, pihaknya menerima aduan mengenai isu itu sejak beberapa tahun lalu dan sudah mengambil langkah proaktif membetulkan semula kefahaman berkenaan.


Katanya, berdasarkan dalil daripada hadis Rasulullah SAW menyebut bahawa zakat itu diambil daripada orang kaya kawasan itu dan diserahkan kembali kepada Fuqara’ di kawasan itu


“Kita ada isu bahawa beberapa kumpulan atau pertubuhan mengajak rakyat kita membayar kepada negeri yang lain zakat ini


“Saya tak mahu sebut negeri tersebut tetapi saya nak beritahu bangsa Johor, umat Islam di Johor wajib membayarnya di sini.


“Jadi kita mengimani dalil tersebut dan umat Islam di Johor wajib membayar zakat di negeri ini


“Kita sudah ada beberapa tahun juga (dapat aduan) dan di tahun ini kita kuat kuasakan dan kita pun sudah beri kefahaman kepada semua pemain industri, syarikat korporat,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, MAINJ memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.


Katanya, daripada jumlah itu, RM200,000 diserahkan kepada pegawai pegawai daerah dan RM800,000 diperuntukkan untuk penyediaan pek kebersihan dan solat. 


“MAINJ sudah memulakan lawatan ke PPS mangsa banjir di lima daripada 10 daerah di negeri ini.


“Jadi kita nak mengalakkan semua umat Islam supaya meyakini pembayaran zakat dan infak ke MAINJ kerana kami akan menyampaikan manfaatnya kepada mereka yang memerlukan.


“Sebenarnya kalau tak mencukupi, kita boleh permohonan lain, jika ada keperluan, kita bersedia memohon semula dan lazimnya pasti akan diperkenankan,” katanya.


Habis//



🎯🎯tekan link ini untuk belajar kemahiran menjual di eBay dan menjana pendapatan dalam matawang USD >>>https://linktr.ee/NakTahuEbay


#kw MAINJ peroleh RM400 juta zakat pada 2024, Mohd Fared Mohd Khalid, kluang, 






Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best